PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (DKBPWP) TAHUN 2027

Pencalonan DKBPWP Tahun 2027 akan dibuka mulai 15 Julai 2026 dan akan ditutup pada 15 September 2026. Tarikh serahan borang (secara fizikal) yang lengkap dan ditandatangani oleh Pencadang dan Penyokong kepada Urus Setia DKBPWP adalah pada 29 September 2026.

LATAR BELAKANG DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) diwujudkan mulai tahun 2008 atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 

 

Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan ini dibuat berdasarkan kelayakan individu yang dicalonkan yang bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangun dan memajukan Wilayah ini dalam pelbagai bidang, termasuk mereka yang bukan bermastautin tetapi turut memberi sumbangan dan khidmat kepada Wilayah Persekutuan.

 

Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikenali sebagai keluarga DARJAH YANG MULIA MAHKOTA WILAYAH terdiri daripada susunan keutamaan serta gelaran seperti berikut:

 

  1. Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk Seri Utama
  2. Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk Seri
  3. Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) - yang membawa gelaran Datuk
  4. Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.)
  5. Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.)
  6. Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.)
  7. Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)

PENGUMUMAN

PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (DKBPWP) TAHUN 2027

Pencalonan DKBPWP Tahun 2027 akan dibuka mulai 15 Julai 2026 dan akan ditutup pada 15 September 2026. Tarikh serahan borang (secara fizikal) yang lengkap dan ditandatangani oleh Pencadang dan Penyokong kepada Urus Setia DKBPWP adalah pada 29 September 2026.


PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN (DKBPWP) TAHUN 2027

Pencalonan DKBPWP Tahun 2027 akan dibuka mulai 15 Julai 2026 dan akan ditutup pada 15 September 2026. Tarikh serahan borang (secara fizikal) yang lengkap dan ditandatangani oleh Pencadang dan Penyokong kepada Urus Setia DKBPWP adalah pada 29 September 2026.


PENCALONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) DKBPWP TAHUN 2027

Permohonan awam secara terus tidak boleh dibuat bagi pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP).

 

Prosiding DKBPWP hendaklah bersifat "pencalonan" dan pencalonan hanya boleh dibuat oleh Pencadang yang dilantik iaitu Ketua-Ketua Perkhidmatan atau Ketua Setiausaha Kementerian (untuk semua kategori pencalonan). Bagi maksud tersebut, Focal Point setiap Kementerian telah dilantik untuk urusan pencalonan dalam Sistem Anugerah DKBPWP.

 

Individu yang layak hendaklah dicalonkan oleh Pencadang yang mana jasa dan bakti individu tersebut adalah berkaitan dengan Kementerian atau Jabatan Pencadang dan hendaklah disesuaikan dengan sumbangan kepada Wilayah Persekutuan. Pengesahan jasa dan sumbangan hendaklah dibuat oleh Pencalon terhadap individu tersebut dan Pencadang mempunyai kuasa untuk meneruskan atau membatalkan pencalonan terhadap individu tersebut dengan berpandukan kepada kriteria yang telah ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

URUS SETIA DKBPWP